Bila HATI berjuang krn ALLAH, DUGAAN itu tempat bersinggah, KEPERITAN ditelan sebagai JUADAH, KEJAYAAN dianggap mimpi indah. TABAHlh dlm menghadapi mehnah & tribulasi PERJUANGAN...^_^

Friday, November 9, 2012

Dari Bangsar nak ke Skypark Subang~

Alhamdulillah... Loni sapa kelate doh....
Tired day today~~~
Pagi bangun tido, first baca doa  bangun tido,

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

(Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit ) , mandi, iron baju+tudung n solat. Lps tu siap2 nak ke kampus. Bas dari ostel UNIKL MIIT bangsar biasanya sampai ostel kul 7pagi, then bertolak ke kampus jam 7.15pg... Lepas mock interview subject Professional English 1 pagi tadi kat Level 20, pastu gi library jap ngan Niza sbb nak update kat FB, Madam Suguna mtk tlg gitau kat dieorag yang xbuat interview lagi, last day today, wajib buat arini melainkan student yang pegi Pinang tu, buat next Friday [Madam pesan]~

Lps settle di kampus, terus pegi LRT Dang Wangi, then turun Bangsar. Tengok jam kat tangan kul 10.30pg sebelum naik teksi...  Pastu ada dua buah teksi, aku bukak pintu teksi yang sebelah driver tu then gitau kat abg driver tu "Jalan Tandok, Bangsar", pastu abg tu senyum sinis n menggeleng kepalanya... maksud dia tuh, dia xpegi laa ostel jalan tandok, bangsar sbb dekat sangat kn dgn LRT Bangsar~ Dlam hati aku mengomel "hagah laaa, nok passenger hok naik teksi dio nok gi jauh2, hok dekat toksir gi".. Xpelah, nak buat macam mana kn, banyak org banyak ragam... pastu aku tanya teksi kat belakang yg ke-2 pun, sama mcm tadi, xambik passsenger yg nk turun dekat2 ni... Hurmmm, aku bukak pintu teksi yg ke-3,abg Chinese mengangguk... dalam hati aku. Alhamdulillah, ada jugak teksi nak terima aku nie. Sebenarnya, aku memang jarang naik teksi belah ni, biasanya aku naik teksi sebelah satu lagi, bertentangan dengan arah yang nak naik bas gi ke Mid Valley nie.

Lepas tu sampai la ostel, biasanya aku kena charge dari LRT Bangsar ke ostel Jalan Tandok bangsar ni dengan menaiki teksi sebanyak kurang dari RM4.00~ So, lepas sampai ostel, tengok jam 10.35... sampai ostel tu terus ke bilik, cepat2 kemas buku2 n pakaian, nak kejar bas kul 10.45, sebab nak turun di lrt bangsar... Bas nak gi kampus ni sampai ostel lbh krg kul 11.00pg~ Lewat!~ So, lepas naik bas tu, bagi tau kat abg bas UNIKL nie, "abg, nnti tlg bhenti kat LRT bangsar eh". Abg tu mengangguk. tut, tut, tut... Dlm 3 minit sampai laa LRT Bangsar... Lps turun dari bas aku pn ckp "Terima ksh..." kat driver bus Unikl tu.

Aku dgn 1 beg tarik, 1 handbag & 1 beg laptop, naik laaa lift ke ats.... sampai atas, terus scan kan kad Touch&Go tu kat laluan tuhlaaa.... Biasanya naik laluan yang nak ke kampus turun Dang Wangi, tapi arini naik dari LRT Bangsar ke laluan Kelana Jaya(last stop).

Biasanya aku naik KLIA express atau bas untuk ke KLIA... tapi kali nie, sbb abah cakap flight MAS full, almaklumlaa musim org balik haji, jadi abah suruh naik firefly^_^ Abah suruh ambik teksi jer, tapi aku fikir kalau ambik teksi dari Bangsar nak ke Subang pasti agak mahal kn... (Memang mahal lahhhh, haha) Sbb tu search kat internet macam mana nak gi ke Airport Subang dari LRT Bangsar. Search, and search and search... Pastu fikir nak try alternatif nie...
Kul 11 pagi bertolak dari ostel ke bangsar...

DARI LRT Bangsar ---> LRT Kelana Jaya ---> Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah @ lebuh dikenali dgn Skypark Subang~

Kul 11.09pg,  naik LRT Bangsar ke Kelanan Jaya. Selepas melalui 8 station tu:
Bangsar
Abdullah Hukum
Kerinchi
Universiti
Taman Jaya
Asia Jaya
Taman Paramount
Taman Bahagia
Kelana Jaya(last station)

Sampai Kelana Jaya lebih kurang kul 11.26pg(17minit) RM1.40 dr LRT Bangsar

Lebih kurang kul 11. 32am naik teksi dari Kelana Jaya ke Skypark Subang...

Aku sampai2 kat teksi tu aku gitau, nak ke Skypark Subang, macam pakcik tu xfaham, aku pun terpaksa laa sebut nama panjang airport tuh... Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah... Dia pun mengangguk... Pas tu pakcik tu angkat beg tarik aku yang berat dipenuhi buku2 tu (bawak balik Kelantan, tapi entah baco ke tidok,haha) + pakaian2 tu ke belakang bonet teksi tu... aku pun masuk laa dlm teksi tu dduk seat belakang. Aku gitau nak pakai meter. Pakcik Chinese tu gitau xboleh, memang dia charge RM20. Dia cakap kalau "jalan jem", lebih dari RM20 kalau pakai meter. Aku pun malas nak berdebat dgn dia, aku pn mengiyaka jelaa sbb xde pengalaman naik dari teksi dari Kelana Jaya tue... Aku bukan apa, takut kena tipu jer, saja dia nak charge mahal, kalau betul xder masalah, TAKUT kna tipu jer kn...  tut,tut, and tut...

Alhamdulillah... Aku sampai laa kat Skypark Subang tu lebih kurang kul 11.45pg...
Konklusinya, dari LRT Kelana Jaya nak ke Skypark nie lebih kurang (13-15minit) kalau jalan x jem...

Gitulah cerite lebih kurang...

^_^