Bila HATI berjuang krn ALLAH, DUGAAN itu tempat bersinggah, KEPERITAN ditelan sebagai JUADAH, KEJAYAAN dianggap mimpi indah. TABAHlh dlm menghadapi mehnah & tribulasi PERJUANGAN...^_^

Saturday, December 12, 2009

Thank You ALLAH-Maher Zain

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله

Sunday, November 15, 2009

Take a few minutes of your time...^^

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi..... jeng!jeng!jeng!... bunyi..... aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga, lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! Sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... Habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba... Terdengar satu bunyi..... uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu... Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah... 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat. Insya-Allah. Oleh itu... Duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhai-Nya. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa diberi nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita. Biiznillah. AMIN...

WALLAHUA'LAM...

~Sumber : Msg from emel~

Sunday, September 27, 2009

KEHIDUPAN...

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Senilagu : Nazrey Johani Senikata : Nazrey Johani Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Suffian Saujana Susunan Muzik : Bard Muffins Perkusi: Hamzah

Pengirim : munirah_smssm@hotmail.com

~Sumber : http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/1967/in_team-kehidupan.html~

Tuesday, September 8, 2009

SUBJECT YG DIAMBIL SEM NI...










UDP 2152 – ETIKA PROFESSIONAL

UDB 2332 – ENGLISH FOR PROFESSIONAL COMMMUNICATION

DDS 2032 – MATHEMATICS III

DDC 1243 – DIGITAL LOGIC

DDC 1123 – PROGRAMMING I

DDC 2233 – DATA COMMUNICATIONS


ALLAH SWT berfirman :

“...Dan berdoalah dengan berkata : “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.”
( Surah Thaha : 114 )

AMIN...

Monday, August 31, 2009

90 ribu solat Jumaat di Al Aqsa, 5 wanita Palestin ditangkap pengganas Israel

August 30, 2009




Lima orang warga Palestin telah ditangkap oleh pasukan rejim pengganas Israel ketika mereka ingin melaksanakan solat di dalam kompleks tempat suci ketiga bagi umat Islam, Masjid Al Aqsa, pada hari Jumaat 28 Ogos lalu, yang merupakan solat Ju
mat pertama di bulan Ramadhan ini.


Solat Jumaat yang dilaksanakan di kompleks Masjid Al Aqsa dikawal oleh ribuan tentara pengganas Israel yang berada di Al Quds (Jerusalem.) Yayasan Waqf dan Warisan yang bertanggungjawab menjaga masjid yang mulia itu melaporkan seramai lebih 90 ribu orang telah melaksanakan ibadat tersebut. Lebih dari 130 buah bas disewa bagi tujuan membawa mereka ke sana. Kebanyakan daripada mereka datang dari Timur Al Quds dan daerah Israel.

Dalam kutbah Jumaatnya, Imam Yousef Abu Isneineh memuji warga Palestin yang sanggup datang bersolat di Masjid Al Aqsa walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan sekatan dan penyeksaan. Beliau turut menyeru kumpulan-kumpulan Islam di Palestin supaya bersatu.










Rejim Israel masih tetap melarang warga Palestin di Tebing Barat dari memasuki Masjid Al Aqsa untuk solat, dengan menetapkan peraturan bahawa yang boleh masuk untuk melaksanakan solat di sana hanyalah warga Palestin yang berusia 50 tahun ke atas bagi lelaki, dan 45 tahun keatas bagi wanita.

Di bawah peraturan larangan yang dibuat oleh pihak Israel tersebut, hanya warga Palestin yang memiliki kebenaran (permit) yang boleh memasuki al Quds (Jerusalem) dari Tebing Barat.

Di pos pemeriksaan di Tebing Barat, ratusan orang Palestin datang dengan harapan untuk melaksanakan solat di sana sepanjang Ramadhan ini. Namun dengan adanya larangan yang dibuat oleh Israel, kebanyakan dari mereka akhirnya terpaksa membatalkan hasrat mereka.

Menurut pusat berita Palestin, Israel juga menutup tiga pintu masuk ke Gaza pada hari Jumaat.

Kota Al Quds, yang di dalamnya berdiri Masjid Al Aqsa, menjadi kiblat pertama bagi umat Islam dan merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam setelah Makkah dan Madinah. Kesucian kota ini diperteguhkan lagi dengan peristiwa Al Isra’a dan Al Mi’raj – perjalanan malam dari Makkah ke Al Quds dan naiknya Rasulullah saw ke Syurga.

Al Quds juga merupakan wilayah bagi beberapa tempat ibadah suci penganut Kristian, termasuk Gereja Jerusalem dan Gereja Ortodoks Yunani.

Israel telah bekerja gigih selama bertahun-tahun untuk me”Yahudi”kan kota suci tersebut dan mengubah identiti Islam di sana. Mereka mengenakan pelbagai langkah-langkah penindasan untuk memaksa orang-orang Palestin keluar dari sana, dengan secara sistematik merampas rumah dan tanah mereka untuk diduduki oleh pendatang Yahudi secara haram. (mn/Agency/Eramuslim)

Sumber Ruj : http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=2937

WALLAHUA'LAM.

Sunday, August 23, 2009

AHLAN YA RAMADHAN KARIM...



RAMADHAN merupakan bulan yang paling mulia di antara bulan2 yang lain sehingga Rasulullah s.a.w. mengumpamakan bahawa kelebihan bulan ini seperti kurniaan kelebihan ALLAH ke atas makhluknya. Ia juga dikenali sebagai bulan puasa, bulan sembahyang malam dan bulan sabar. Sesiapa yang beribadat wajib atau sunat akan mendapat pahala yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan bulan2 lain. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huban dan Al-Hakim, Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan, syaitan dan para jin yang jahat dibelenggu, pintu2 neraka ditutup sehingga tiada satu pun yang terbuka, semua pintu2 syurga terbuka hingga tiada satu pun yang tertutup dan setiap malam ada seruan memanggil, wahai orang2 yang ingin membuat kebaikan, majulah! Wahai orang2 yang ingin membuat kejahatan, hentikanlah! Dan ALLAH membebaskan ramai orang dari neraka. Hal semacam ini berlaku setiap malam.”

AMALAN2 YANG BIASA DILAKUKAN DALAM BULAN RAMADHAN

1. Sembahyang sunat Tarawih dan Witir pada waktu malam.
2. Membanyakkan membaca Al-Quran.
3. Membanyakkan sedekah.
4. Membanyakkan ibadat diwaktu malam khususnya malam 21 hingga 30 Ramadhan.
5. Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah dalam bulan ini menyamai pahala satu haji.
6. Menghadiri majlis2 ilmu dimana setiap langkahnya kesana akan dicatatkan sebagai ibadatnya setahun dan pada hari kiamat, hamba itu akan diletakkan di bawah lindunga-Nya arasy.

ANTARA PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RAMADHAN

1. Difardukan ke atas semua umat Islam berpuasa pada bulan ini.
2. Turunnya ayat2 suci Al-Quran yang pertama di Gua Hira’ pada 17 Ramadhan.
3. Tibanya malam Lailatul Qadar yang diumpamakan sama dengan seribu bulan. Maksudnya orang2 yang beribadat bertepatan pada malam itu memperolehi pahala seperti beribadat 1000 bulan (lebih kurang 84 tahun 4 bulan). Suatu jumlah yang susah untuk dicapai kerana jarang manusia yang dapat beribadat selama itu kerana keterbatasan umur manusia itu sendiri. Disamping itu, ALLAH akan mengampunkan dosa2nya yang telah lalu dan yang akan datang.
4. Berlakunya peperangan Badar pada hari Jumaat tahun 2 Hijrah.
5. Penaklukan kota Mekkah oleh umat Islam pada tahun 8 Hijrah.
6. Terjadi pembunuhan Saidina Ali pada 17 Ramadhan pada tahun 40 Hijrah.

Ruj:
~BUKU HARIAN RASMI,
KELANTAN DARULNAIM~

WALLAHU’ALAM.

Thursday, June 18, 2009

TEKA-TEKI...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati" (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = "Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = "China"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Bintang"
Murid 4 = "Matahari"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai denga ajaran Agama"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling berat didunia?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab = "Mata pedang!!!"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia denga mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"



"Sampaikanlah walau pun satu ayat"


WALLAHUA'LAM...

Sumber : Message diFW from fs...

Tuesday, June 16, 2009

KEMBARA...

Kembara ini amat dinanti dan diimpi..
Sebuah perjalanan panjang…
Dilakukan seorang hamba…
Garapan mimpi adalah cahaya realiti..
Pasrah menyerah tanpa berbelah bahagi..
Amat mengerti bahawa hidup ini adalah pengabadian abadi…

------->Tq 2 ateh~…^_^

(29/11/08,11:14pm)

Monday, May 25, 2009

STRESS???






‘Stress’ kalau mengikut Kamus Progresif Inggeris- Melayu, adalah ‘tekanan’ atau ‘titik berat’. Jadi apabila seseorang itu memberitahu kita bahawa dia mengalami ‘stress’, ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia sedang menghadapi tekanan hidup dan perasaan. Tekanan hidup adalah satu perkara yang seringkali bermain di dalam kehidupan. Setiap yang hidup, pastinya akan merasai tekanan hidup dalam usahanya meneruskan kehidupan. Boleh dikatakan setiap perasaan yang kita rasakan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan ‘stress’.


Seringkali stress ini diungkapkan dalam sudut yang berbaur negatif berbandingkan dalam ruang lingkup yang positif. Stress dianggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi dan minda. Hendaklah perlu difahami bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif
kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada di tahap yang sama.


Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau menangani masalah yang sedang dihadapi. Ketidakseimbangan antara faktor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal seperti kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun penglibatan sosial mereka.


Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui :


1. Bersabar dengan segala yang menimpa.
“Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.”(Surah Luqman : 17)


2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.”(Surah Al-Ankabut : 2-3)


3. Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurkan dosa.
Nabi SAW bersabda, maksudnya : “Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah SWT akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)


4. Kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus akan menyedarkan akan keagungan dan kekuasaan Allah SWT.“Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.”(Surah al-Baqarah : 156)


5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.


6. Ujian adalah tanda Allah SWT mencintai seseorang itu.
Nabi SAW bersabda, maksudnya : “Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.


8. Menyedari hakikat, kehidupan ini tidak lari dari masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah yang dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.


WALLAHUA’LAM…

Saturday, May 16, 2009

16 MEI…SELAMAT HARI GURU…





Assalamualaikum pembuka bicara...
Sedikit pantun kucoretkan bersama...

Mengimbau saat2 lalu
Kenangan mula menggamit rindu
Buat semua guru2ku
Semoga dikau sihat2 selalu...

Masa pantas berlalu
Namun hatiku tetap merinduimu
Apakan daya diri ini tanpa jasa budimu
Semoga segala jasamu akanku kenang selalu...

Itulah sedikit pantun yang xseberapa dariku…Huhu… Nak dedikasikan sebuah nasyid dari kumpulan IN-Team yang bertajuk “Lilin Seorang Guru” kepada semua Cikgu2 yang pernah mendidik dan mengajar diri ini…Diri ini lemah…Namun ku cuba yang terbaik!!! Semoga mendapat kekuatan dari-Nya…Insya-ALLAH…AMIN…

Salam rindu buat Cikgu Suriani yang penah mengajar subjek BM, Cikgu Ramzee mengjr subjek SC, buat Teacher yg mngjar BI n Cikgu Mek Kesim yang mengajar subjek MT masa kat Sek Keb Zainab 1 dulu… Kangen bangat sihh…huhu…

Tidak dilupakan juga , salam rindu dan sayang buat Teacher Hanna yang mengajar BI, Cikgu Mazura mengajar subjek SC, Cikgu Sal yang mngajar subjek MATH, Cikgu Hasma mengajar subjek EA, Cikgu Maswani mengajar subjek PA, Ustazah Mila juga Ustazah Maizatuakama yang pernah mengajar subjek QS,Ustaz Bedol n Ustaz Anwar mengajar Al-Quran, Ustaz Halim mengajar subjek BAT, Ustaz Ruslan yang mengajar subjek SY n Cikgu Aziz yang pernah mengajar sbjek BM dan jgk SEJ masa kat SMA Tengku Amalin A'ishah Putri…

Buat Cik Yana yg mengajar subjek COMPUTER APPLICATIONS, Cik Azlina mengajar subjek TITAS, Pn Harzun mengajar subjek DIGITAL LOGIC, Pn Mashittah yang mengajar subjek METHODOLOGY PROGRAMMING, Pn Wan mengajar subjek MATHEMATICS 1 dan juga Pn Aishah yang mengajar subjek ENGLISH FOR ACADEMIC COMMUNICATION sem ni...he2...Buat Ustazah Siti Rhamadiah yang mengajar subjek PAI, Ustaz Hafiz yg mengajar subjek INSTITUSI2 ISLAM, Cik Normah yg pnh mengajar subjek HBNGAN ETNIK,ek ehh dah jadi Pn laa,he3,dan jugak Sir Fadhli yang pernah mengajar subjek ENGLISH PROFICIENCY...Juga kepada semua lecturer KTD n xlecturer yg mengajar kat KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM pd waktu skrg juga sebelum ni,sebab sesetengah lecturerku dah pindah,hu2...Tidak dilupakan juga, kepada semua guru-guru dan bergelar pendidik...senyum selalu...^_^
Dengarkanlh…

Lilin Seorang Guru
Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

^_^

Wednesday, May 13, 2009

DI SEBALIK AIRMATA WANITA...




Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” si ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:


“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur...


KUberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar...


KUberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa...


KUberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


KUberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


KUberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.


KUberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


Bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita…


Tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah...


AMIN...

Monday, May 11, 2009

(10 MAY)Happy Mother's Day To MY MOM And All The Mom's Out There!

"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold,
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be.

Put them all together, they spell...

"MOTHER"...

A word that means the world to me...

Friday, May 8, 2009

FINAL EXAM...ALL D BEST!(SALAM IMTIHAN...)




Pejamcelik2...exam pn da dekat...
Persediaan???Hmm,not 100%...huhu...
Knp?rjin sgt kot...hik2..
"Man jadda wajada, Waman zara'a hasada"...
Berikut adalh sbjek yg diwjbkn bserta tarikhnya,khususnya
bagi DDC students...


11/5/09 : 9.00am - ENGLISH FOR ACADEMIC COMMUNICATION(UDB 1322)

12/5/09 : 9.00am - TITAS(UDT1022)

13/5/09 : 9.00am - MATHEMATIC 1(DDS1032)

17/5/09 : 2.30pm - COMPUTER APPLICATIONS(DDC1443)

20/5/09 : 2.30pm - PROGRAMMING METHODOLOGY(DDC1023)

21/5/09 : 9.00am - DIGITAL LOGIC(DDC1243)


All d best kpd semua warga KTD n to all final exam candidates...Xkira dmana pn jua anda berada...hehe...
So,dkesemptn ni jg...sy nk mintak mf byk2 kpd semua...andai t'ksr bhs, t'lnjur kta, t'guris ati, trasa n ap2 yg slama diri ini pernh bt kslhn...mintak maaf byk2 n d most important thing,sm2 doakan kejayaan fiddunia wal akhirat...AMIN...
^_^

Wednesday, May 6, 2009

RENUNGAN BERSAMA...

Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Nashr Muhammad Abdurrohman Alhamdaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, (ketahuilah) bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

PERTAMA, Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Firman-Nya yang bermaksud : Dan kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh. (Annabaa’ : 12). Kemudian Allah Menghiasi dengan tujuh bintang, firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya. (Q.S Al-Hijr : 16)

KEDUA, Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi… (Q.S Aththalaaq : 12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya… (Q.S Luqman : 27)

KETIGA, Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Huthamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Q.S Al-Hijr : 44)

KEEMPAT, Allah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana fiman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Q.S Al-Hijr : 87)

KELIMA, Allah menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan berdoa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud : Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan). (Q.S Al-Alaq : 19)

KEENAM, Allah menghias umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut ‘radli’, kemudian ‘fathim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’. Dan menghias tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. (Q.S Al-Fath : 26)

KETUJUH
, Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu, pertama : Hindustan, kedua : Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima : Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh : Cina dan Turkistan. Kemudian Allah menghias tujuh negeri yang besar itu dengan tujuh hari iaitu : Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi, iaitu : Allah memuliakan Nabi Musa a.s. dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam a.s. dengan hari Ahad, Dawud a.s. dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman a.s. dengan hari Selasa, Nabi Ya’qub dengan hari Rabu, Nabi Adam a.s. dengan hari Khamis dan Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya dengan hari Jumaat.

(Kitab : AS SAB’IYYAATU FII MAWAA’IDHI’LBRITYAAT).

WALLAHU’ALAM…

Tuesday, May 5, 2009

ANDAI AKU JATUH CINTA...

YA ALLAH, andai aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.


YA MUHAIMIN, andai aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.


YA ALLAH, andai aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang semu.


YA RABBANA, andai aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.


YA RABBUL IZZATI, andai aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu.


YA ALLAH, andai aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.


YA ALLAH, andai aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.


YA ALLAH, andai aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.



YA ALLAH, andai kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

AMIN…

Tuesday, April 28, 2009

KENANGAN KAT KG TOK SELEHOR




















1st day kat kg tok selehor...