Bila HATI berjuang krn ALLAH, DUGAAN itu tempat bersinggah, KEPERITAN ditelan sebagai JUADAH, KEJAYAAN dianggap mimpi indah. TABAHlh dlm menghadapi mehnah & tribulasi PERJUANGAN...^_^

Thursday, June 18, 2009

TEKA-TEKI...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati" (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = "Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = "China"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Bintang"
Murid 4 = "Matahari"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai denga ajaran Agama"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling berat didunia?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = "Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab = "Mata pedang!!!"
Imam Ghazali = "semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia denga mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"



"Sampaikanlah walau pun satu ayat"


WALLAHUA'LAM...

Sumber : Message diFW from fs...

Tuesday, June 16, 2009

KEMBARA...

Kembara ini amat dinanti dan diimpi..
Sebuah perjalanan panjang…
Dilakukan seorang hamba…
Garapan mimpi adalah cahaya realiti..
Pasrah menyerah tanpa berbelah bahagi..
Amat mengerti bahawa hidup ini adalah pengabadian abadi…

------->Tq 2 ateh~…^_^

(29/11/08,11:14pm)

Monday, May 25, 2009

STRESS???






‘Stress’ kalau mengikut Kamus Progresif Inggeris- Melayu, adalah ‘tekanan’ atau ‘titik berat’. Jadi apabila seseorang itu memberitahu kita bahawa dia mengalami ‘stress’, ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia sedang menghadapi tekanan hidup dan perasaan. Tekanan hidup adalah satu perkara yang seringkali bermain di dalam kehidupan. Setiap yang hidup, pastinya akan merasai tekanan hidup dalam usahanya meneruskan kehidupan. Boleh dikatakan setiap perasaan yang kita rasakan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan ‘stress’.


Seringkali stress ini diungkapkan dalam sudut yang berbaur negatif berbandingkan dalam ruang lingkup yang positif. Stress dianggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi dan minda. Hendaklah perlu difahami bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif
kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada di tahap yang sama.


Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau menangani masalah yang sedang dihadapi. Ketidakseimbangan antara faktor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal seperti kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun penglibatan sosial mereka.


Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui :


1. Bersabar dengan segala yang menimpa.
“Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.”(Surah Luqman : 17)


2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.”(Surah Al-Ankabut : 2-3)


3. Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurkan dosa.
Nabi SAW bersabda, maksudnya : “Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah SWT akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)


4. Kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus akan menyedarkan akan keagungan dan kekuasaan Allah SWT.“Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.”(Surah al-Baqarah : 156)


5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.


6. Ujian adalah tanda Allah SWT mencintai seseorang itu.
Nabi SAW bersabda, maksudnya : “Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.


8. Menyedari hakikat, kehidupan ini tidak lari dari masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah yang dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.


WALLAHUA’LAM…

Saturday, May 16, 2009

16 MEI…SELAMAT HARI GURU…





Assalamualaikum pembuka bicara...
Sedikit pantun kucoretkan bersama...

Mengimbau saat2 lalu
Kenangan mula menggamit rindu
Buat semua guru2ku
Semoga dikau sihat2 selalu...

Masa pantas berlalu
Namun hatiku tetap merinduimu
Apakan daya diri ini tanpa jasa budimu
Semoga segala jasamu akanku kenang selalu...

Itulah sedikit pantun yang xseberapa dariku…Huhu… Nak dedikasikan sebuah nasyid dari kumpulan IN-Team yang bertajuk “Lilin Seorang Guru” kepada semua Cikgu2 yang pernah mendidik dan mengajar diri ini…Diri ini lemah…Namun ku cuba yang terbaik!!! Semoga mendapat kekuatan dari-Nya…Insya-ALLAH…AMIN…

Salam rindu buat Cikgu Suriani yang penah mengajar subjek BM, Cikgu Ramzee mengjr subjek SC, buat Teacher yg mngjar BI n Cikgu Mek Kesim yang mengajar subjek MT masa kat Sek Keb Zainab 1 dulu… Kangen bangat sihh…huhu…

Tidak dilupakan juga , salam rindu dan sayang buat Teacher Hanna yang mengajar BI, Cikgu Mazura mengajar subjek SC, Cikgu Sal yang mngajar subjek MATH, Cikgu Hasma mengajar subjek EA, Cikgu Maswani mengajar subjek PA, Ustazah Mila juga Ustazah Maizatuakama yang pernah mengajar subjek QS,Ustaz Bedol n Ustaz Anwar mengajar Al-Quran, Ustaz Halim mengajar subjek BAT, Ustaz Ruslan yang mengajar subjek SY n Cikgu Aziz yang pernah mengajar sbjek BM dan jgk SEJ masa kat SMA Tengku Amalin A'ishah Putri…

Buat Cik Yana yg mengajar subjek COMPUTER APPLICATIONS, Cik Azlina mengajar subjek TITAS, Pn Harzun mengajar subjek DIGITAL LOGIC, Pn Mashittah yang mengajar subjek METHODOLOGY PROGRAMMING, Pn Wan mengajar subjek MATHEMATICS 1 dan juga Pn Aishah yang mengajar subjek ENGLISH FOR ACADEMIC COMMUNICATION sem ni...he2...Buat Ustazah Siti Rhamadiah yang mengajar subjek PAI, Ustaz Hafiz yg mengajar subjek INSTITUSI2 ISLAM, Cik Normah yg pnh mengajar subjek HBNGAN ETNIK,ek ehh dah jadi Pn laa,he3,dan jugak Sir Fadhli yang pernah mengajar subjek ENGLISH PROFICIENCY...Juga kepada semua lecturer KTD n xlecturer yg mengajar kat KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM pd waktu skrg juga sebelum ni,sebab sesetengah lecturerku dah pindah,hu2...Tidak dilupakan juga, kepada semua guru-guru dan bergelar pendidik...senyum selalu...^_^
Dengarkanlh…

Lilin Seorang Guru
Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

^_^

Wednesday, May 13, 2009

DI SEBALIK AIRMATA WANITA...




Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” si ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”


Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:


“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur...


KUberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar...


KUberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa...


KUberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.


KUberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.


KUberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.


KUberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.


Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


Bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita…


Tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah...


AMIN...