Bila HATI berjuang krn ALLAH, DUGAAN itu tempat bersinggah, KEPERITAN ditelan sebagai JUADAH, KEJAYAAN dianggap mimpi indah. TABAHlh dlm menghadapi mehnah & tribulasi PERJUANGAN...^_^

Monday, May 25, 2009

STRESS???






‘Stress’ kalau mengikut Kamus Progresif Inggeris- Melayu, adalah ‘tekanan’ atau ‘titik berat’. Jadi apabila seseorang itu memberitahu kita bahawa dia mengalami ‘stress’, ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia sedang menghadapi tekanan hidup dan perasaan. Tekanan hidup adalah satu perkara yang seringkali bermain di dalam kehidupan. Setiap yang hidup, pastinya akan merasai tekanan hidup dalam usahanya meneruskan kehidupan. Boleh dikatakan setiap perasaan yang kita rasakan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan ‘stress’.


Seringkali stress ini diungkapkan dalam sudut yang berbaur negatif berbandingkan dalam ruang lingkup yang positif. Stress dianggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi dan minda. Hendaklah perlu difahami bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif
kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada di tahap yang sama.


Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau menangani masalah yang sedang dihadapi. Ketidakseimbangan antara faktor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal seperti kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun penglibatan sosial mereka.


Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui :


1. Bersabar dengan segala yang menimpa.
“Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.”(Surah Luqman : 17)


2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.”(Surah Al-Ankabut : 2-3)


3. Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurkan dosa.
Nabi SAW bersabda, maksudnya : “Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah SWT akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)


4. Kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus akan menyedarkan akan keagungan dan kekuasaan Allah SWT.“Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.”(Surah al-Baqarah : 156)


5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.


6. Ujian adalah tanda Allah SWT mencintai seseorang itu.
Nabi SAW bersabda, maksudnya : “Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.


8. Menyedari hakikat, kehidupan ini tidak lari dari masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah yang dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.


WALLAHUA’LAM…

5 comments:

  1. salam alaik.salam ziarah dr dataran gersang.ana link blog ni.

    ReplyDelete
  2. W'slm...
    I can't view ur blog??
    hu2..
    syukrn.
    ^_^

    ReplyDelete
  3. salam alaik.. erm....

    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
    (Surah al-Baqarah, ayat 286) ..

    :D :D

    ReplyDelete
  4. salam alaik.. erm....

    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
    (Surah al-Baqarah, ayat 286) ..

    :D :D

    ReplyDelete