Bila HATI berjuang krn ALLAH, DUGAAN itu tempat bersinggah, KEPERITAN ditelan sebagai JUADAH, KEJAYAAN dianggap mimpi indah. TABAHlh dlm menghadapi mehnah & tribulasi PERJUANGAN...^_^

Monday, August 31, 2009

90 ribu solat Jumaat di Al Aqsa, 5 wanita Palestin ditangkap pengganas Israel

August 30, 2009




Lima orang warga Palestin telah ditangkap oleh pasukan rejim pengganas Israel ketika mereka ingin melaksanakan solat di dalam kompleks tempat suci ketiga bagi umat Islam, Masjid Al Aqsa, pada hari Jumaat 28 Ogos lalu, yang merupakan solat Ju
mat pertama di bulan Ramadhan ini.


Solat Jumaat yang dilaksanakan di kompleks Masjid Al Aqsa dikawal oleh ribuan tentara pengganas Israel yang berada di Al Quds (Jerusalem.) Yayasan Waqf dan Warisan yang bertanggungjawab menjaga masjid yang mulia itu melaporkan seramai lebih 90 ribu orang telah melaksanakan ibadat tersebut. Lebih dari 130 buah bas disewa bagi tujuan membawa mereka ke sana. Kebanyakan daripada mereka datang dari Timur Al Quds dan daerah Israel.

Dalam kutbah Jumaatnya, Imam Yousef Abu Isneineh memuji warga Palestin yang sanggup datang bersolat di Masjid Al Aqsa walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan sekatan dan penyeksaan. Beliau turut menyeru kumpulan-kumpulan Islam di Palestin supaya bersatu.










Rejim Israel masih tetap melarang warga Palestin di Tebing Barat dari memasuki Masjid Al Aqsa untuk solat, dengan menetapkan peraturan bahawa yang boleh masuk untuk melaksanakan solat di sana hanyalah warga Palestin yang berusia 50 tahun ke atas bagi lelaki, dan 45 tahun keatas bagi wanita.

Di bawah peraturan larangan yang dibuat oleh pihak Israel tersebut, hanya warga Palestin yang memiliki kebenaran (permit) yang boleh memasuki al Quds (Jerusalem) dari Tebing Barat.

Di pos pemeriksaan di Tebing Barat, ratusan orang Palestin datang dengan harapan untuk melaksanakan solat di sana sepanjang Ramadhan ini. Namun dengan adanya larangan yang dibuat oleh Israel, kebanyakan dari mereka akhirnya terpaksa membatalkan hasrat mereka.

Menurut pusat berita Palestin, Israel juga menutup tiga pintu masuk ke Gaza pada hari Jumaat.

Kota Al Quds, yang di dalamnya berdiri Masjid Al Aqsa, menjadi kiblat pertama bagi umat Islam dan merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam setelah Makkah dan Madinah. Kesucian kota ini diperteguhkan lagi dengan peristiwa Al Isra’a dan Al Mi’raj – perjalanan malam dari Makkah ke Al Quds dan naiknya Rasulullah saw ke Syurga.

Al Quds juga merupakan wilayah bagi beberapa tempat ibadah suci penganut Kristian, termasuk Gereja Jerusalem dan Gereja Ortodoks Yunani.

Israel telah bekerja gigih selama bertahun-tahun untuk me”Yahudi”kan kota suci tersebut dan mengubah identiti Islam di sana. Mereka mengenakan pelbagai langkah-langkah penindasan untuk memaksa orang-orang Palestin keluar dari sana, dengan secara sistematik merampas rumah dan tanah mereka untuk diduduki oleh pendatang Yahudi secara haram. (mn/Agency/Eramuslim)

Sumber Ruj : http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=2937

WALLAHUA'LAM.

Sunday, August 23, 2009

AHLAN YA RAMADHAN KARIM...



RAMADHAN merupakan bulan yang paling mulia di antara bulan2 yang lain sehingga Rasulullah s.a.w. mengumpamakan bahawa kelebihan bulan ini seperti kurniaan kelebihan ALLAH ke atas makhluknya. Ia juga dikenali sebagai bulan puasa, bulan sembahyang malam dan bulan sabar. Sesiapa yang beribadat wajib atau sunat akan mendapat pahala yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan bulan2 lain. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huban dan Al-Hakim, Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan, syaitan dan para jin yang jahat dibelenggu, pintu2 neraka ditutup sehingga tiada satu pun yang terbuka, semua pintu2 syurga terbuka hingga tiada satu pun yang tertutup dan setiap malam ada seruan memanggil, wahai orang2 yang ingin membuat kebaikan, majulah! Wahai orang2 yang ingin membuat kejahatan, hentikanlah! Dan ALLAH membebaskan ramai orang dari neraka. Hal semacam ini berlaku setiap malam.”

AMALAN2 YANG BIASA DILAKUKAN DALAM BULAN RAMADHAN

1. Sembahyang sunat Tarawih dan Witir pada waktu malam.
2. Membanyakkan membaca Al-Quran.
3. Membanyakkan sedekah.
4. Membanyakkan ibadat diwaktu malam khususnya malam 21 hingga 30 Ramadhan.
5. Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah dalam bulan ini menyamai pahala satu haji.
6. Menghadiri majlis2 ilmu dimana setiap langkahnya kesana akan dicatatkan sebagai ibadatnya setahun dan pada hari kiamat, hamba itu akan diletakkan di bawah lindunga-Nya arasy.

ANTARA PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RAMADHAN

1. Difardukan ke atas semua umat Islam berpuasa pada bulan ini.
2. Turunnya ayat2 suci Al-Quran yang pertama di Gua Hira’ pada 17 Ramadhan.
3. Tibanya malam Lailatul Qadar yang diumpamakan sama dengan seribu bulan. Maksudnya orang2 yang beribadat bertepatan pada malam itu memperolehi pahala seperti beribadat 1000 bulan (lebih kurang 84 tahun 4 bulan). Suatu jumlah yang susah untuk dicapai kerana jarang manusia yang dapat beribadat selama itu kerana keterbatasan umur manusia itu sendiri. Disamping itu, ALLAH akan mengampunkan dosa2nya yang telah lalu dan yang akan datang.
4. Berlakunya peperangan Badar pada hari Jumaat tahun 2 Hijrah.
5. Penaklukan kota Mekkah oleh umat Islam pada tahun 8 Hijrah.
6. Terjadi pembunuhan Saidina Ali pada 17 Ramadhan pada tahun 40 Hijrah.

Ruj:
~BUKU HARIAN RASMI,
KELANTAN DARULNAIM~

WALLAHU’ALAM.