Bila HATI berjuang krn ALLAH, DUGAAN itu tempat bersinggah, KEPERITAN ditelan sebagai JUADAH, KEJAYAAN dianggap mimpi indah. TABAHlh dlm menghadapi mehnah & tribulasi PERJUANGAN...^_^

Sunday, August 23, 2009

AHLAN YA RAMADHAN KARIM...



RAMADHAN merupakan bulan yang paling mulia di antara bulan2 yang lain sehingga Rasulullah s.a.w. mengumpamakan bahawa kelebihan bulan ini seperti kurniaan kelebihan ALLAH ke atas makhluknya. Ia juga dikenali sebagai bulan puasa, bulan sembahyang malam dan bulan sabar. Sesiapa yang beribadat wajib atau sunat akan mendapat pahala yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan bulan2 lain. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huban dan Al-Hakim, Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan, syaitan dan para jin yang jahat dibelenggu, pintu2 neraka ditutup sehingga tiada satu pun yang terbuka, semua pintu2 syurga terbuka hingga tiada satu pun yang tertutup dan setiap malam ada seruan memanggil, wahai orang2 yang ingin membuat kebaikan, majulah! Wahai orang2 yang ingin membuat kejahatan, hentikanlah! Dan ALLAH membebaskan ramai orang dari neraka. Hal semacam ini berlaku setiap malam.”

AMALAN2 YANG BIASA DILAKUKAN DALAM BULAN RAMADHAN

1. Sembahyang sunat Tarawih dan Witir pada waktu malam.
2. Membanyakkan membaca Al-Quran.
3. Membanyakkan sedekah.
4. Membanyakkan ibadat diwaktu malam khususnya malam 21 hingga 30 Ramadhan.
5. Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah dalam bulan ini menyamai pahala satu haji.
6. Menghadiri majlis2 ilmu dimana setiap langkahnya kesana akan dicatatkan sebagai ibadatnya setahun dan pada hari kiamat, hamba itu akan diletakkan di bawah lindunga-Nya arasy.

ANTARA PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RAMADHAN

1. Difardukan ke atas semua umat Islam berpuasa pada bulan ini.
2. Turunnya ayat2 suci Al-Quran yang pertama di Gua Hira’ pada 17 Ramadhan.
3. Tibanya malam Lailatul Qadar yang diumpamakan sama dengan seribu bulan. Maksudnya orang2 yang beribadat bertepatan pada malam itu memperolehi pahala seperti beribadat 1000 bulan (lebih kurang 84 tahun 4 bulan). Suatu jumlah yang susah untuk dicapai kerana jarang manusia yang dapat beribadat selama itu kerana keterbatasan umur manusia itu sendiri. Disamping itu, ALLAH akan mengampunkan dosa2nya yang telah lalu dan yang akan datang.
4. Berlakunya peperangan Badar pada hari Jumaat tahun 2 Hijrah.
5. Penaklukan kota Mekkah oleh umat Islam pada tahun 8 Hijrah.
6. Terjadi pembunuhan Saidina Ali pada 17 Ramadhan pada tahun 40 Hijrah.

Ruj:
~BUKU HARIAN RASMI,
KELANTAN DARULNAIM~

WALLAHU’ALAM.

1 comment:

  1. Salam Ramadhan,

    Semoga beroleh keberkatan ibadah dan ilmu di bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete