Kematian juga mendatangi Rasulullah s.a.w. pada sebuah riwayat shahih disebutkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. menghadapi sakaratulmaut, beliau mengambil kain baju lalu menutupkannya ke wajahnya, dan keringatnya bercucuran.
Ketika itu beliau mengucapkan :
“Ya ALLAH berilah bantuan kepadaku dalam menghadapi sakaratulmaut.”
(HR. Tirmizi)
Al-Hafizh al-Hakami -rahimahullah- berkata:
Aku ingat akan kematian dan kejadian-kejadian setelahnya
Semua orang pasti akan merasakannya
Kematian akan membuka rahsia
Sehingga semuanya menjadi jelas
Kubur itu mungkin menjadi taman syurga
Dan mungkin juga sebagai lubang api neraka
Jika seseorang itu baik maka setelah mati
Dia akan memperoleh kenikmatan yang lebih baik
Namun jika seseorang itu jahat maka setelah mati
Dia akan memperoleh kesengsaraan yang jauh lebih dahsyat
Demi ALLAH seandainya engkau tahu apa yang akan terjadi esok hari (di akhirat) untuk anda
Pasti engkau tidak akan pernah ketawa
Dan anda juga akan banyak menangis...
#___#
~Perkongsian dari tulisan Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni~
#[Umur meningkat, kematian semakin dekat]#
#[Peringatan buat diri ini yang sentiasa alpa]#
No comments:
Post a Comment